Isnin, 8 April 2013

Cara Bijak Kekal Langsing

10 cara bijak kekal langsing

Siapa tidak cemburu melihat tubuh langsing supermodel antarabangsa seperti Cindy Crawford yang nyata mampu menawan hati sesiapa sahaja yang memandang. Memang terdapat banyaj cara bagi mendapat tubuh yang diidamkan. Bagi anda yang sememangnya bercita-cita memiliki tubuh yang langsing, sedikit sebanyak tip berikut dapat membantu :-

  • Tuliskan matlamat anda. Fikirkan mengapa anda mahu berdiet, tuliskan dan tampalkan di tempat yang mudah dilihat.
  • Tetapkan sasaran kecil terlebih dahulu. Tidak perlulah anda mengurangkan berat badan secara mendadak. Tetapkan penurunan 2 kg setiap bulan sudah memadai.
  • Perhatikan pakaian lama anda. Dengan cara ini anda dapat melihat tubuh anda yang langsing satu ketika dulu. Teruskan diet anda sehingga baju tersebut dapat dipakai semula. 
  • Lakukan senaman secara berkala dan jangan tinggalkanya secara sengaja.
  • Jangan lupa bersarapan. Ini bagi mengelakkan anda mengambil makan tengahari dengan banyak.
  • Timbang berat badan seminggu sekali sehingga anda mencapai berat badan yang diidamkan.
  • Ambil vitamin atau multivitamin setiap hari bagi membantu tubuh mendapat segala khasiat yang diperlukan.
  • Lakukan aktiviti sosial kerana banyak bergerak juga mampu membantu menurunkan berat badan. 
  • Jangan berlapar. Makan kerap dalam kuantiti yang sedikit.
  • Curi masa dengan bijak. Juka kesuntukkan masa, anda boleh meneruskan senaman dengan berjalan dengan cepat untuk ke sesuatu tempat semasa anda bekerja.  

APA ITU ERTI PERSAHABATAN ?



Seorang sahabat akan senantiasa berada disisi sahabatnya dikala suka dan duka. 

Seorang sahabat tidak akan memburukkan sahabatnya. 
Seorang sahabat akan sentiasa cuba untuk menggembirakan sahabatnya
Seorang sahabat akan berkorban apa sahaja untuk kepentingan sahabatnya

Tapi 


Mengapa seringkali yang kita panggil sahabat itu hilang tatkala kita berduka ?

Mengapa sentiasa baik didepan kita tapi menceritakan keburukkan kita ?
Mengapa seringkali membuat kita bersedih ?
Mengapa tidak pernah melakukan pengorbanan walau sebesar kuman ?